Mengembara membawa kita mengenali dunia
dan yang lebih penting, mengenali diri sendiri
United Kingdom atau singkatannya UK adalah United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. Negara ini cukup sinonim bagi kita sebagai rakyat Malaysia dan adalah salah sebuah negara yang popular untuk dikunjungi. UK merangkumi empat negara utama iaitu England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. Nama UK adalah kesatuan untuk empat negara ini. Bandar yang paling popular di UK sudah tentu adalah Kota London yang terletak di England.
Semasa kunjungan kali pertama saya ke UK, saya telah menaiki penerbangan Emirates dengan transit di Dubai International Airport selama tiga jam sebelum meneruskan penerbangan seterusnya ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Setelah mendarat di Heathrow, proses melepasi imigresen UK memakan masa kira-kira 1 jam setengah. Semasa proses pemeriksaan passport ini, Jika anda bersama keluarga, dipersilakan untuk ke kaunter imigresen secara bersama. Saya nasihatkan untuk anda menyediakan dokumen lengkap seperti butiran tiket penerbangan balik ke Malaysia, itinerari sepanjang pengembaraan di UK serta butiran tempahan penginapan anda. Hal ini adalah untuk membuktikan bahawa kunjungan anda ke UK adalah untuk tujuan melancong dan bukannya untuk menetap melebihi dari tempoh yang dibenarkan iaitu selama 90 hari. Kes seperti ini sering berlaku di kalangan warganegara Malaysia yang terus tinggal dan bekerja secara haram di UK. Alhamdulillah dengan menyediakan dokumen yang lengkap, segalanya telah berjalan lancar untuk saya untuk proses memasuki UK border ini. Jelajah lawatan saya ke UK untuk kali pertama ini adalah selama 3 minggu.
No comments:
Post a Comment