THE MAGICAL GREAT ORME
Lawatan saya ke negara Wales telah meninggalkan kenangan yang cukup indah kepada diri saya. Jika anda ke Wales terutamanya d sebelah utara negara tersebut, anda akan dapati bahawa Wales merupakan sebuah negara yang menawarkan alam semulajadi dalam pelbagai bentuk seperti gunung-ganang, laut, hutan-hutan Taman Negara yang cukup indah dan panorama yang akan membuatkan diri anda berasa kagum dengan ciptaan Allah SWT. Selain itu, suatu keunikan yang terdapat di Wales adalah negara ini sebenarnya mempunyai bahasa tradisional mereka sendiri. Tibanya saya di sempadan negara Wales, saya dapati papan tanda jalan turut ditulis dengan Bahasa Welsh selain daripada Bahasa Inggeris.
Salah satu tempat yang saya kunjungi di negara ini adalah The Great Orme, sebuah kawasan tanjung tanah tinggi yang berbukit-bukau di tepian laut yang terletak di bandar Llandudno. The Great Orme menawarkan pemandangan yang cukup majestik yang pasti membuatkan anda berasa terpegun. Di sini turut terdapat ladang lembu, kafe dan kedai barangan cenderamata. Pada musim panas, The Great Orme juga menjadi salah sebuah tempat tumpuan untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Kos-kos penginapan di sini agak tinggi dan akan meningkat dengan berkali-kali ganda pada musim tersebut. Antara alternatif untuk ke sini adalah samada dengan menggunakan keretapi yang membawa anda menaiki bukit ini atau dengan memandu sendiri.
No comments:
Post a Comment